Tuesday, June 14, 2011

Sekalung tahniah TERENGGANU.. KELATE cube lagi



Sang Penyu tidak menangis lagi setelah si kijang berjaya dijinakkan. Penyu yang terkenal dengan trademark penyabar dan kegigihan berjaya membuktikan bahawa mereka selayaknya menang pada perlawanan Final Piala FA ini. Mengikut statistik perlawanan ternyata kedua-dua pemain pasukan mempersembahkan satu permainan yang cukup menarik. Ternyata bola itu memang bulat. Selagi tak ditiup wisel penamat, selagi itulah perjuangan perlu diteruskan..
Ape pun. tahniah kepada kedua-dua pasukan. Ada peningkatan dalam mutu permainan bola sepak Malaysia..

*kagum dengan marzuki Yusof.. Jelmaan seakan Zainal Abidin Hassan..

Wednesday, June 8, 2011

Cara Pengkebumian orang Tibet

Dalam dunia ni ada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Cara sembahyang, cara pengebumian pun berbeza.. ada yang dibakar, ada yang di tanam, ada yang digantung dan dibiar sampai kering, dan macam-macam lagi. Tapi gambar yang aku dapat ni katanya berlaku di Tibet. Aku tak taulah memang ni rutin amalan diorang ataupun hanya untuk sesetengah kes. Tapi memang agak sadis jugaklah kalau ini caranya mereka memberi penghormatan terakhir pada si mati.






















sumber dikongsi dari http://asbesstos.blogspot.com/2011/03/cara-pengebumian-di-tibet-18sg.html

Gila punye denda!


Angkara kata-kata 'polis bodoh' gadis kena denda RM50

KUALA TERENGGANU - Seorang gadis pekerja butik yang didapati bersalah mengeluarkan perkataan 'polis bodoh' terhadap seorang anggota polis dikenakan hukuman denda sebanyak RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh Nur Shafa Watiha Wahab, 20, yang memakai baju kurung biru kelihatan tenang ketika keputusan kes dibacakan oleh Majistret Noor Adila Abd. Latif.

Peguam tertuduh, Mohd. Hayyatuddin Muhamad dalam pembelaannya memohon mahkamah memberi peluang kepada tertuduh yang tidak mempunyai rekod jenayah sebelum itu.

"Setiap kesalahan yang dilakukan tidak akan lepas daripada undang-undang namun saya memohon mahkamah melihat fakta mengenai kejadian melibatkan polis berpakaian preman itu," kata Mohd. Hayyatuddin.

Sumber dari Kosmo harini.

Aku pelik dengan denda yang dikenakan. bagaimana pula bagi 'polis-polis' yang mengeluarkan kata-kata kesat ketika menahan penunggang motor dan kereta? ada di antara mereka ini terus menuding kita sebagai pihak yang bersalah. Bukan membenci Polis, tapi aku tahu 70% pasti menyokong aku bahawa KEBANYAKAN polis MALAYSIA ini yang menjalankan tugas KURANG ADAB dan BIADAB tanpa menyedari perlakuan mereka diperhatikan. Aku hormat dengan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang menjalankan tugas dengan penuh adab. itu pendapat aku sebab kebanyakan aku jumpe mereka bile membuat operasi, mereka berbudi bahasa. Bukan polis yang jenis meminta sedekah dari pengguna jalan raya. pantang nampak kereta besar terus dikejarnya..

Kepada Pihak Pengurusan Tertinggi Polis, pantau anak buah anda. Ada di antara mereka GAGAL menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Solat sunat Tasbih

SOLAT SUNAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِلْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلَا أُعْطِيكَ أَلَا أَمْنَحُكَ أَلَا أَحْبُوكَ أَلَا أَفْعَلُ بِكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ قَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ خَطَأَهُ وَعَمْدَهُ صَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ سِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ عَشْرَ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ وَأَنْتَ قَائِمٌ قُلْتَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ ذَلِكَ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً
رواه أبو داود و إبن ماجه

Bacaan tasbih itu ialah :

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"

Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih


Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih

Niat Solat Tasbih

أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah

1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas

Doa Sunat Sembahyang Tasbih





"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau
.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

sumber:http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm

Thursday, May 26, 2011

Petronas

Sila baca sampai habis dulu ek....

Petronas tipu..????? ada kah betul???


Berita dari Kosma beberapa hari lepas...
kosmo!


PPIM dakwa pam laju keluarkan sedikit minyak

KUANTAN - Jika bil air tinggi disebabkan air yang dipam bersama tekanan udara, demikian juga ketika mengisi minyak di stesen minyak.

"Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit," demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin.

Menurutnya, keadaan itu tidak disedari kebanyakan pengguna kerana mereka tidak peduli kuantiti sebenar minyak yang dipam.

Wartawan Kosmo! yang ingin menguji dakwaan Noor Nirwandy itu telah mengisi minyak ke dalam dua botol di dua stesen minyak berasingan dan mendapati kuantitinya berbeza walaupun harga yang dibayar adalah sama.

Noor Nirwandy berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.

"Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pihaknya juga kerap menerima aduan dan mengakui perkara tersebut memang berlaku namun hasilnya bergantung kepada cara pengguna mengisi minyak.

"Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan.

"Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya.


ni pulak antara e-mel yg pernah aku terima..

EMEL 1
Sukatan berbeza antara stesen minyak...
Assalamualaikum....
Saya nak tanya la kan ....adakah benar khabar yg saya dengar, bahawa sukatan minyak ni berbeza di antara stesen atau ini adalah satu strategi untuk menjatuhkan stesen minyak yg tertentu???

tgk komen kawan2 saya ye...

"mengikut ckp lecturer aku (bekas engineer perodua bahagian QC)..ada seorang supplier yg selalu hantar brg kat perodua..supplier ni selalu calibrate meter sukatan stesen2 minyak ni...dia kata minyak petronas paling tak betul suktan dia..mmg tak menepati suktan yg ditetapkan.. kita ni nk banggakan barangan buatan malaysia ...tp macam kena tipu...korang rasa tertipu tak?"

EMEL2
" cuba hangpa cari 5 botol air mineral yg sama bentuk dan saiz. lepas tu hangpa p tiap-tiap jenama stesen minyak di malaysia ,petronas, shell, BHP, mobil dan esso. tiap tiap jenama minyak hangpa isi rm1. balik di rumah susun ke semua botol tersebut. hasilnya, botol berisi minyak petronas paling sedikit.paling banyak di esso, yang lain balance. macam mana boleh jadi begitu?? aku dah buat ujikaji ni 3 kali.hasil tetap sama. bila aku isi minyak petronas cepat benor habis?berbanding minyak yang lain. kenapa dan mengapa?? ?? teman pun tak tau nak jawab !!!!!!"

EMEL3
Boikot minyak Petronas.. - Penipu

Wahai warga Malaysia sekelian.. Hebahkanlah cerita benar ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak Petronas..

Sebenarnya semua warga Malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni.. baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78. Tinggi tuuuuu.. Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu.. Haaaaaa ini lah yang warga Malaysia tak tahu.. Sebenarnya kita ni duduk je Malaysia .. tapi minyak yang kita cari gali di Trengganu & Sarawak tu, kita tak penah pakai pun.. Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A.. Diulangi Minyak Gred A.. semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara.. jadi Petronas telah beli pulak minyak gred C.. Diulang Gred C.. untuk digunakan di Malaysia dan diletak logo Petronas..

Dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg BUKAN KERETA NASIONAL, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali maklumlah minyak gred C. (Kawan saya yg mahir dlm bab pengendalian enjin kereta mengesahkan minyak Petronas terlalu banyak karbon dan tak elok utk enjin - ini fakta)
Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B.. Inilah yg rakyat Malaysia tak tahu.. kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah USD 130.00.. Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara pengeluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan . Itu lah antara sebab2 nye.. Untuk pengetahuan anda semua... semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62 kepada RM 1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan "isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik".. Semua e-mail tersebut adalah mengarut. Anda semua kena tipu.. Minyak tetap naik jugak kan .. Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas.. sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas.. bila makin besar untung.. makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat.. Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan.. Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja...Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati.. Dahsyat betul diaorg menipu rakyat.. mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagihkan sama rata kepada rakyat.. Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di Malaysia .. masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap "bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007) "dah la gaji dia rm 6+++.. Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus.. Pasal Peraduan Car Craze.. Yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas.. apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze.. Semua rakyat dapat rasa.. ni tidak.. dahla jual minyak gred C, pastu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu.. aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.. Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk Malaysia .. tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak @ Mobil/Esso dan sekarang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dapat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan...

So lepas ni terpulanglah pada korang semua sama ada nak percaya atau tidak.. kalau x yakin sila buat ujikaji sendiri seperti EMEL 2 di atas..
Sekian, terima kasih...

Thanks to..

From: Nur Suriany Abd Rahman [mailto:suriany@prinsiptek.com]
Sent:
Monday, May 23, 2011 11:01 AM
Subject:
FW: Minyak petronas yg dibangga-banggakan...
Importance:
High

Friday, May 20, 2011

AWAS!!


Nur Yusra bt Hambali

Sektor Ekonomi

Bahagian Pembangunan Organisasi

Jabatan Perkhidmatan Awam

Tel : 03-8885 4614

Emel : yusra.cfs@jpa.gov.my


From: Norazhani Hambali [hani@arcradius.com]
Sent: Friday, May 20, 2011 9:17 AM
To: azlizawati ibrahim; Hanna N hanna; pointfing36@yahoo. com. sg; Nor Azmira Mohamad Ezahar; nor hasmida mida; NUR YUSRA BINTI HAMBALI; zeti
Subject: FW: AWAS - Lelaki menyamar jadi pekerja TNB


AWAS - Lelaki menyamar jadi pekerja TNB


BANDAR PUTERI JAYA - Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.

Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.

"Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.

"Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa," katanya.

Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.

"Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan," katanya.

Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.

Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.

"Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.

"Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya," katanya.

Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.

Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

"Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.


AWAS ADA PENCURI MENYAMAR PEGAWAI TNB BERKELIARAN DI KWSN ANDA


Kejadian 2, 3 hari lepas. Kegiatan samun di sekitar SP. Lelaki 20an (2 org) menyamar sebagai staff TNB dgn berjeket TNB, membawa file dan dokumen TNB. Lelaki berkenaan cukup pandai berbahasa dan cuba mencari jalan utk memasuki halaman rumah mangsa dgn beralasan seperti utk memeriksa meter letrik dan sebagainya. Setelah berada di halaman rumah mangsa, lelaki berkenaan akan mencari jln utk memasuki kedlm rumah mangsa seperti menyuruh mangsa mengambil bil TNB, IC dan sebagainya (supaya mangsa masuk ke dlm rumah).

Setelah mangsa berada di dalam rumah, itu adalah kesempatan mereka bertindak ganas. Mangsa target mereka adalah wanita surirumah sepenuh masa. Aktiviti mereka adalah di siang hari sewaktu kebanyakan orang keluar kerja. Sama sama lah berwaspada dan spread this news.

CONFIDENTIALITY CAUTION: This message is intended only for the use of the individual or entity to whom it is addressed and contains information that is privileged and confidential. If you, the reader of this message, are not the intended recipient, you should not disseminate, distribute or copy this communication. If you have received this communication by error, please notify us immediately by return email and delete the original message.